Pages

 

Ahad, 25 November 2012

[VIDEO] Persembahan Hari Kanak-kanak

1 komen
Read more...

Sabtu, 17 November 2012

Seronoknya Berkebun

1 komen
Read more...

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2 komen
PENGENALAN
Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut.  Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat. Individu berkeperluan khas yang berada dalam Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di Malaysia merupakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Austisme dan Hiperaktif.
     Kurikulum Kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan murid-murid PKBP.  Ini adalah kerana tahap pencapaian pendidikan murid-murid PKBP secara amnya amat rendah, dan pencapaian peningkatan adalah perlahan dan minimum.  Objektif yang terdapat dalam kurikulum sedia ada pula terlalu tinggi untuk murid PKBP menguasai kemahiran yang sesuai dengan tahap keupayaan masing-masing.
     Oleh itu terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus, dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid PKBP.  Perancangan dan penggubalan kurikulum PKBP mengambil kira kepelbagaian keupayaaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan :
      "seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia
        mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan
        disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai
        Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai
        berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri
        program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut;
            a)  murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental 
                 untuk belajar seperti murid biasa; dan
            b)  murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat  
                 anggotanya  atau terencat akal yang berat."
     Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)1997, yang menyatakan "guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas".
     Oleh itu, kurikulum PKBP dibina supaya pembelajaran yang diperoleh di dalam bilik darjah dapat diapliksi dalam kehidupan seharian.  Kurikulum PKBP juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum kepada murid-murid PKBP supaya mereka dapat berfungsi sebagai individu yang berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat.
     Kurikulim PKBP ini mengandungi matlamat, objektif, model konseptual kurikulum, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, tempoh pendidikan, pengurusan ruang pengajaran dan pembelajaran penilaian serta rekod perkembangan kemajuan murid, dan bidang pembelajaran.
     Kejayaan pelaksanaan kurikulum ini memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat dengan PKBP untuk menghayati kandungan kurikulum sesuai dengan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas supaya tercapai hasrat untuk melahirkan murid yang dapat menjalani kehidupan bermakna.
MATLAMAT
Kurikulum PKBP bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan  individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna.
OBJEKTIF
Kurikulum PKBP membolehkan murid :
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian     yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna.
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian.
iii. mempunyai kemahiran dan ketrampilan ke arah kehidupan bekerjaya.
iv. menjaga kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna.
v. memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tata susila masyarakt majmuk.
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam.
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
viii. memahami perkembangan jasmani dan menguasai kemahiran motor untuk melibatkan diri dalam aktiviti riadah.
ix. mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
x. bersedia mengembangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.
Read more...

Khamis, 15 November 2012

Haiwan Peliharaan

1 komen



  


ANGSA






 
  


AYAM BETINA



AYAM JANTAN



 

 




ARNAB

KAMBING



KUCING



LEMBU

 
Read more...

Minggu Pusat Sumber Pendidikan Khas - Penyediaan Sandwich

1 komen

Add caption


Read more...

Selasa, 13 November 2012

Latihan Kemahiran Jahitan

3 komen








Read more...

[VIDEO] Mari Mengenal Haiwan Jinak

1 komen
Read more...

Ahad, 11 November 2012

Kemahiran hidup untuk pelajar istimewa

1 komen
Selasa Januari 17, 2006
BUTTERWORTH:  Bagi satu kumpulan "pelajar istimewa" di sini, kemampuan mereka untuk menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, amat terbatas namun setiap seorang daripada mereka ini mempunyai bakat dan kebolehan tersendiri.

Walaupun keupayaan mereka untuk menimba ilmu tidak setanding dengan "pelajar normal", namun 20 pelajar ini berumur antara 13 tahun dan 19 tahun yang mengikuti kelas Pendidikan Khas di SMK Permatang Tok Jaya di sini, tetap diberi peluang untuk belajar seperti rakan-rakan sebaya mereka yang lain.

Gelagat riang pelajar-pelajar ini, yang menghidap sama ada
down syndrome, autisme, hyperactive, terencat akal dan dyslexia, sering mencuit hati para guru dan kadang-kala menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang melihat dan mengenali mereka.

Penyelaras Pendidikan Khas SMK Permatang Tok Jaya, Yufoff Ibrahim berkata, pelajar-pelajar berkenaan ditempatkan di tiga kelas dan dikendalikan empat orang guru.
Katanya pelajar-pelajar ini mempunyai tahap atau masalah pembelajaran yang berbeza dan guru-guru perlu mengenal pasti kecenderungan masing-masing untuk menyampaikan ilmu yang bersesuaian dengan mereka.

Di samping pendidikan akademik, penekanan kepada keupayaan menguasai kemahiran hidup seperti menyediakan makanan, berkebun serta melakukan kerja membersih kelas dan mencuci kereta juga diberikan perhatian.

"Tidak lama lagi, warga sekolah ini akan dapat merasai buah anggur yang ditanam oleh pelajar-pelajar istimewa ini di kebun kecil berhampiran kelas mereka," kata Yufoff.

Katanya pelajar-pelajar itu memang dididik untuk membaca dan mengenal huruf serta angka tetapi kebanyakan mereka ini agak perlahan dan tidak boleh menguasai ilmu ini.

"Jadi kita ajar mereka perkara-perkara yang boleh membantu mereka dalam menguruskan kehidupan seharian. Sekurang-kurangnya ia boleh digunakan untuk menyertai sektor pekerjaan yang bersesuaian kelak," kata Yufoff.

Kelas pendidikan khas itu yang dibuka pada 1998 kini mempunyai 16 pelajar lelaki dan empat pelajar perempuan.

SMK Permatang Tok Jaya merupakan antara beberapa sekolah menengah yang menyediakan kelas pendidikan khas di Pulau Pinang.

Bagi pelajar autisme, Muhammad Sharifuddin Yaakop, statusnya sebagai pelajar istimewa tidak pernah menyebabkan dirinya tersisih daripada keluarga, rakan-rakan sebaya mahupun guru-guru.

Kebolehan pelajar berusia 16 tahun ini menghafal AlQuran dan mengendalikan komputer dikagumi pelajar-pelajar yang normal dan guru-guru di sekolah itu.

Malahan, beliau mewakili sekolah berkenaan pada Tilawah AlQuran untuk pelajar pendidikan khas peringkat negeri tahun lepas dan muncul juara.

Yufoff berkata Mohd Sharifudin boleh mengingati ayat-ayat AlQuran yang dibacanya dengan baik dan kebolehannya
mengendalikan komputer kadangkala mengatasi kemampuan guru-gurunya sendiri.

Ada juga antara pelajar istimewa ini yang boleh mengikuti pelajaran seperti pelajar normal dan mereka ini berpeluang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, katanya.

Namun bagi keluarga Nor Hazwani Hashim, 14, yang mengalami masalah terencat akal, mereka mahu kemudahan pendidikan untuk pelajar istimewa sepertinya diperbanyakkan dan diwujudkan dekat dengan tempat tinggal mereka.

Ibunya Faridah Ahmad berkata, ketika ini tidak banyak institusi yang disediakan oleh kerajaan untuk anak-anak istimewa seperti Nor Hazwani dan rakan-rakan senasib dengannya, dan jika adapun, ia agak jauh dari tempat tinggal mereka.

"Ketika ini, kebanyakan institusi pendidikan atau latihan untuk golongan istimewa ini dikendalikan pihak swasta atau pertubuhan bukan kerajaan dan bayarannya agak mahal. Banyak ibu bapa yang tidak berkemampuan, akhirnya hanya menyimpan anak-anak mereka di rumah," katanya.

Beliau menasihati keluarga yang mempunyai anak istimewa supaya jangan malu dan menyorokkan anak-anak itu daripada masyarakat sebaliknya hendaklah menghantar mereka ke pusat didikan tertentu supaya kebolehan dan bakat anak-anak itu dapat dikesan dan diasuh untuk kebaikan mereka. 
BERNAMA
Read more...